23.11.11

TATAPAN - Ular Menjadi Batu / Batu Ular

Dijumpai oleh Bapa saya ketika habis acara badminton di kawasan tempat letak kereta bangunan IBB, Bandar Seri Begawan.
Batu tersebut macam di "umban" (baling) oleh sesuatu ketika bapa saya sedang berehat dekat keretanya, "ngam" kan masuk magrib. Dia tergamam seketika, lalu memberanikan diri untuk melihat apa benda yang telah di lontar itu.
Setelah dikenal pasti, ia hanya sebuah batu yang sebesar telapak tangan kanak-kanak.
Bapa saya pun membawanya balik kerumah untuk di kongsi sama.
Batu tersebut sudah pun di check oleh salah seorang guru saya, ianya adalah ular yang menjadi batu, milik Sultan Brunei yang ke 16 - Sultan Hussin Kamaluddin. Makamnya terletak di Luba. Tempat tersebut puas juga saya mengunjunginya, indah dan teratur.


Tempat itu juga sering dikunjungi orang ramai dengan niat mengail, merambat dan sebagainya. Tapi tempat itu jugalah tempat "orang kita" ghost hunting (Mungkin kerana banyak yang merista tempat pondok dekat makam Sultan tersebut "keras").

Tiada ulasan:

Catat Ulasan