23.11.11

TATAPAN - Mustika Mistik

Dijumpai beberapa hari yang lalu, di belakang kawasan rumah pada waktu hujan pagi.
Pertama kali sentuh, auranya memang sejuk dan lembut rasa mustika tersebut.
Tanda tanya - Mustika apa? Dari mana?
Belum ditanyakan pada yang pakar. Hanya untuk sharing saja.
Akan di update nanti.

TATAPAN - Sebutir Tasbih Mistik

Ditemui di tempat keras, kawasan kampong kilanas.
Uniknya, ia hanya sebutir. Mana pergi 98? 65? atau 32?
Warnanya putih, walaupun ringan dari sudut pandangan namun ia memang berat.
Allahualam.

TATAPAN - Batu Hasut

Dijumpai di sesebuah kelopak batu, di kawasan batu pantai tungku. Batu tersebut di tenggelami oleh air hujan, dan ia berada di tengah-tengah kelopak batu.
Yang uniknya, batu ini lain warnanya dan lain rupa bentuknya.
Pernah sudah di test oleh seorang rakan ibu saya. Sememangnya batu ini mampu menguasai naluri seseorang itu, mampu membunuh dan sebagainya. Jika orang itu kosong, atau dalam keadaan marah yang meradang, batu tersebut akan memainkan peranannya.

Berhati-hatilah seketika terjumpa or mencari batu-batu alami. Terkadang batu tersebut mempunyai khadam (penjaga), or tempat tidur jin mengikut pengetahuan orang-orang tua dahulu. Sebaiknya, hendaklah di test oleh orang yang pakar.

TATAPAN - Batu ''Imej Hamba Allah Membaca Kitab''

Di dapati di sesebuah tanah lapang dekat rumah saya. Masyaallah.

TATAPAN - Batu Bulat

Ditemui di pantai meragang, muara.
Uniknya? Ia bulat. :D

TATAPAN - Batu Cincin Pemberian Guru

Diberi oleh salah satu daripada empat guru saya yang sering mendidik dan menasihati saya tentang betapa besarnya kuasa dan ciptaan Allah SWT dan betapa pentingnya ayat-ayat yang disampai Allah SWT melalui kitab suci kita iaitu al-quran, yang telah pun diwahyukannya kepada Nabi kita, Nabi Muhammad SAW khas buat kita. Umatnya.
Diberitahuinya, batu ini adalah batu cincin ketua alim ulama ugama islam di indonesia.

Mempunyai banyak rahsia sebalik batu ini, dan juga memiliki jutaan ribu zikir yang telah di dikirkan oleh yang empunya.
Dan sekarang, menjadi habuan para orang ramai yang mempelajari ilmu tarikat.

TATAPAN - Kerang Laut Mejadi Batu / Batu Kerang Laut

Tidak banyak cerita mengenai batu ini.
Khasiatnya pun tidak diketahui, malah datang dari mana pun sering menjadi tanda tanya saya.

Dijumpai terlantar dekat tempat tidur saya, di mana malamnya saya bermimpi dengan naga hitam yang sangat besar, terapung-apung di atas rumah saya. Masyaallah.

TATAPAN - Batu Halilintar

Ditemui sendiri oleh saya di pinggiran salah sebuah sungai di kota belud, sabah (lupa apa nama sungainya), yang dimana air sungai tersebut adalah hasil air daripada gunung kinabalu.
Batu ini sangat licin, dan sering saya pegang kemana jua saya berada. Telah pun jua di isi dengan ayat-ayat al-quran seperti surah al-fatihah, mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan saya dengan batu ini.

Ada yang "tambus mata" melihat batu ini adalah hasil percikan petir ke salah sebuah pokok kelapa. Allahualam.

TATAPAN - Ular Menjadi Batu / Batu Ular

Dijumpai oleh Bapa saya ketika habis acara badminton di kawasan tempat letak kereta bangunan IBB, Bandar Seri Begawan.
Batu tersebut macam di "umban" (baling) oleh sesuatu ketika bapa saya sedang berehat dekat keretanya, "ngam" kan masuk magrib. Dia tergamam seketika, lalu memberanikan diri untuk melihat apa benda yang telah di lontar itu.
Setelah dikenal pasti, ia hanya sebuah batu yang sebesar telapak tangan kanak-kanak.
Bapa saya pun membawanya balik kerumah untuk di kongsi sama.
Batu tersebut sudah pun di check oleh salah seorang guru saya, ianya adalah ular yang menjadi batu, milik Sultan Brunei yang ke 16 - Sultan Hussin Kamaluddin. Makamnya terletak di Luba. Tempat tersebut puas juga saya mengunjunginya, indah dan teratur.


Tempat itu juga sering dikunjungi orang ramai dengan niat mengail, merambat dan sebagainya. Tapi tempat itu jugalah tempat "orang kita" ghost hunting (Mungkin kerana banyak yang merista tempat pondok dekat makam Sultan tersebut "keras").

TATAPAN - Hasil Warisan Ilmu

Adakah ia batu? permata? intan? berlian? buntat? geliga? atau mustika?
Tidak. Tapi ianya hanya sebiji guli yang sedia ada bertatahkan kalimah Allah.
Dijumpai oleh saya sendiri di rumah nenek saya, sehari selepas selesai mempelajari ilmu warisan nenek saya dan selepas menghayati ayat-ayat yang di firmankan Allah SWT melalui Al-Quran.
"Awalludin makrifatullah, Mengenal diri mengenal Allah (SWT)"
Mirip guli biasa, tapi cahaya birunya lain dari guli yang lain. Bukan di toreh atau di kikis sendiri, masyaallah.
"Sampaikan lah berita gembira, bukan khabar dusta belaka."

14.11.11

TATAPAN - Batu Bertuah


Untuk memulakan cerita, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dari pihak yang saya kenali.
Disini saya ingin mencerita batu bertuah yang datang dengan sendirinya (dengan izin Allah SWT jua).
Sungguh ajaib bukan?
Ya, Inilah yang membuat saya begitu minat dengan benda-benda yang begitu mistik dan menarik.

Pembukaan Blog PIBM Brunei, dimulakan dengan Surah Al-Fatihah. "Satu untuk semua, Semua untuk satu"."

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
"Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
"Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
"Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn